Tahukah anda? 90% pelan Takaful di luar sana sebenarnya tidak menyelesaikan masalah sebenar! Tetapi berapa ramai orang akan berkata, “Ah, tak mengapa, saya sudah ada!”

Apabila seseorang itu HANYA terlampau fokus kepada pelan medical card paling premium, paling tinggi dan hebat sekali pun, masih terdapat lompong besar yang boleh menggoyahkan kestabilan kewangannya!

Terkejut? Mari saya jelaskan!

Perlindungan Pendapatan

Di dalam piramid Portfolio Pengurusan Risiko yang lengkap (Complete Risk Financial Portfolio), seseorang yang bekerja itu haruslah menyediakan lebih kurang 10 tahun perlindungan pendapatan mereka.

Contohnya, jika gaji seseorang itu RM5500 sebulan, mereka perlu ada sekurang-kurangnya tabungan simpanan untuk rencam sebanyak wang tunai RM660,000!

Simpanan sebanyak ini sangat penting untuk kes-kes lumpuh dan meninggal dunia. Orang yang lumpuh tidak semuanya terus meninggal dunia. Ada yang ambil masa bertahun koma, strok dan lumpuh kekal seumur hidup mereka.

Jika tiada? Jika tiada, mereka perlulah melindungi diri mereka dengan mencarum di Takaful secepat mungkin. Dengan adanya Perlindungan Pendapatan ini, mereka masih boleh meneruskan hidup jika lumpuh tidak mampu bekerja lagi, ahli keluarga juga akan mendapat pampasan hibah Takaful yang mencukupi untuk menguruskan pusaka, melangsaikan segala hutang yang belum selesai dan segala komitmen lain!

Perlindungan Penyakit Kritikal

Menurut kajian, lebih 50% penyakit kritikal menyerang pada tahun-tahun produktif, iaitu pada seseorang berusia 30 hingga 45 tahun!