Azfar dan Sakinah (bukan nama sebenar), terkejut apabila mereka mendapat tahu dari pihak universiti dan hospital, bahawa anak sulung mereka Aina, 21 tahun (bukan nama sebenar) telah mengalami demam panas dan sawan berkali-kali sehingga lumpuh seluruh badan.

Pasangan dari Kedah ini terus bergegas ke Hospital Kuala Lumpur, terpaksa mengambil cuti menoreh selama beberapa bulan untuk menjaga anak sulung mereka yang disahkan doktor, mendapat jangkitan dari air sungai tercemar sewaktu program perkhemahan anjuran universiti.

Meningitis iaitu masalah radang selaput otak dan saraf tunjang adalah suatu penyakit yang boleh terkena kepada sesiapa sahaja dijangkiti virus, bakteria atau kulat, tidak kira peringkat umur. Selepas tiga hari pulang dari perkhemahan, Aina telah ke klinik univerisiti kerana demam panas dan mengalami sakit kepala yang teruk.

Pihak univerisiti kemudian terus menghantarnya ke hospital dengan menaiki ambulans. Keesokan harinya, Aina terus dikhabarkan mengalami sawan sehingga tidak sedarkan diri. Segalanya berlaku begitu pantas sekali, kini Aina lumpuh seumur hidup.

Ibu bapa Aina yang juga penerima zakat telah memohon bantuan kewangan untuk membeli katil serta peralatan perubatan dan penjagaan anaknya sebagai persediaan sebelum membawa anaknya pulang ke Kedah.

Sememangnya tidak mampu untuk mereka menganggung kos lampin pakai buang, tisu basah dan sebagainya. Tetapi hidup mesti diteruskan. Mereka redha dan melaluinya dengan tenang. Berapa ramai asnaf dan penerima zakat yang sudah hidup susah, semakin bertimpa-timpa susah.

Adik-adik Aina yang masih kecil pula telah lama ditinggalkan di kampung. Harapan untuk anak sulungnya, Aina ini habis belajar di peringkat Ijazah terus punah. Jalan untuk mereka keluar daripada kemiskinan juga semakin kompleks.

Kisah benar ini sangat menginsafkan diri penulis. Tidak kira berapakah usia kita, berapa banyak pendapatan yang kita ada, apakah pekerjaan yang kita lakukan, semuanya tetap ada risiko. Lindungilah diri walau sedikit, walau anda adalah seorang penerima zakat.

Dapatkan pelan pampasan Takaful kematian, lumpuh dan 45 jenis penyakit kritikal dengan harga mampu milik. Jadikan hidup penuh makna!

Selamat Hari Meningitis Sedunia | 24 April 2021

Azah Asyraf