Tak perlu pening kepala lagi… Anda pasti dapat menjimatkan wang dan masa anda dengan menghantar emel secara automatik menggunakan Contact Form 7 dengan PERCUMA!

Namun begitu, tidak ramai yang tahu tentang fungsi auto responder yang boleh melampirkan file PDF anda terus kepada klien! Kali ini saya akan ajarkan bagaimana ingin masukkan file PDF dalam emel auto responder anda menggunakan Contact Form 7.

Tak susah pun… Percayalah!

Langkah 1

Upload PDF anda dalam Media. Tuliskan tajuk dan copy URL file tersebut.

Upload PDF dalam Media
Upload PDF dalam Media dan copy URL

Langkah 2

Masukkan URL tadi ke bahagian “File Attachments” emel kedua yang akan anda berikan kepada klien sebagai auto respond dan delete bahagian hadapan alamat URL tadi sehingga bermula dengan perkataan “uploads”.

Upload PDF dalam Emel Auto Responder Contact Form 7
Copy paste and delete URL depan

Langkah 3

Save dan test borang anda.

Semaklah emel anda dengan senyuman yang lebar di bibir! Kan mudah tu! Kini anda telah berjaya meng-upload file PDF dalam emel auto responder untuk maklumkan kepada klien anda dengan lebih mudah, pantas dan jimat! Hanya di Contact Form 7.