Menangguh-nangguh ambil perlindungan perubatan Kad Medikal untuk bayi bukanlah suatu idea yang bagus. Hal ini kerana…

1) Bayi amat mudah mendapat jangkitan dan jatuh sakit berbanding orang dewasa.

Bayi yang dihantar ke taska memang mudah jatuh sakit. Adakalanya mereka boleh mendapat jangkitan ketika hanya dibawa bersiar-siar. Apabila sudah jatuh sakit, kondisi bersesak di hospital/klinik boleh menyebabkan bayi terdedah kepada jangkitan baru dari katil-katil berdekatan di dalam wad!

2) Untuk kes yang tidak kritikal, rawatan boleh menjadi sangat lambat dan memenatkan ibu bapa.

Staf Hospital Ditumbuk & Spek Dipijak, Apa Yang Dilakukannya Selepas Itu  Harus Dipuji

Kebanyakan kes ibu bapa tidak begitu gembira mendapat rawatan untuk bayi mereka di hospital kerajaan kerana suasana yang terlampau ramai dan sesak. Menunggu di bahagian Kecemasan sahaja sudah ambil masa yang sangat lama dan memenatkan, hampir separuh hari.

Lebih menyedihkan, bayi kecil terpaksa berhadapan dengan doktor-doktor pelatih yang masih baru dan berisiko untuk cuai, terutama prosedur set line dan ambil darah.

Adakalanya bagi memberi laluan kepada pesakit yang lebih kritikal dan memerlukan, anak anda mungkin diarah keluar lebih awal sebelum mereka sihat sepenuhnya.

Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa ambil cuti lebih lama untuk menjaga bayi. Malah, banyak kes yang mudah jatuh sakit semula kerana belum benar-benar sihat!


3) Kondisi wad yang amat sesak dan tidak selesa untuk ibu dan anak.

AFIFAH AZIZAN: Pengalaman Daniel Sufi masuk wad

Setiap tahun, terdapat musim wabak penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak seperti rota virus, flu dan hfmd yang boleh menyebabkan katil di wad paediatrik menjadi sangat penuh, sesak dan tidak selesa.

Ibu juga tiada privasi untuk menyusu badan, solat dan bergilir menjaga anak untuk ke tandas. Ayah hanya boleh datang melawat pada waktu melawat sahaja. Selebihnya si ayah akan sentiasa diarah keluar oleh rela yang meronda.

4) Parking kereta yang sesak.

Sudah menjadi adat di hospital kerajaan, parking kereta sangat sesak dan jauh. Ini menyukarkan para bapa untuk berulang alik menghantar barang dan bekal kepada isteri dan anak.

Jika tersilap parkir kenderaan anda, wang anda mungkin melayang begitu sahaja akibat disaman. Ada juga yang mengadu rugi masa menunggu lama akibat kereta mereka diblok kereta lain.

5) Kos rawatan anak boleh menjadi amat tinggi dan membebankan ibu bapa jika terkena penyakit kritikal.

Tanpa perlindungan di awal usia, anak kecil yang sudah pernah jatuh sakit dan mempunyai rekod masuk keluar hospital mungkin sukar untuk mendapatkan Kad Medikal lagi.

Bayi harus dilindungi seawal usia 14 hari kerana kita belum tahu tahap kesihatan mereka sepenuhnya seperti masalah paru-paru, penyakit kulit dan penyakit-penyakit kritikal yang lain.

Ambil lah perlindungan seawal mungkin agar bayi anda boleh terus dilindungi dan wang simpanan anda sekeluarga juga terselamat! Buatlah keputusan segera.

Azah Asyraf

WhatsApp https://AzahAsyraf.wasap.my/ | Instagram @azah.hibah | Facebook Azah Asyraf