Anda ingin SEO website anda semakin bagus dan trafik naik tinggi? Anda mesti fikirkan cara untuk menjadikan website anda mesra pelawat untuk menarik perhatian mereka datang lagi ke website anda!

#1 Design yang ringkas dan SIMPLE

Laman web yang tidak serabut amat mesra pengguna. Pengguna suka membaca laman web yang lapang dan kemas. Pastikan mereka kekal di laman web anda dengan design web yang ringkas dan tidak terlampau banyak perkara sehingga mereka jadi amat sukar untuk membaca dan membuat carian atau pilihan.

#2 Tipografi yang menarik

Tipografi adalah teknik dan seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital.

Matlamat utama tipografi adalah mengatur teks (isi) dalam bentuk yang mudah dibaca dan menarik dipandang.

Ingat ya, kandungan utama sesebuah laman web adalah teks. Oleh itu, penggunaan tipografi yang menarik adalah amat penting. Bagaimana menarik itu? Tipografi itu mestilah mudah dibaca dan memudahkan pelawat laman web anda memperoleh maklumat yang mereka perlukan. Jika anda mampu memenuhi keperluan maklumat mereka, anda juga telah berjaya mendapatkan kepercayaan mereka seterusnya menggalakkan mereka untuk melawat semula laman wen anda kelak!

#3  Ruangan Untuk Subscribe

Beri peluang untuk pembaca anda subscribe laman web anda supaya mudah mereka mendapatkan update setiap kali anda buat post terbaru atau sebarang pengumuman. Anda juga dapat kekalkan jumlah trafik sedia ada dan pelawat anda menerima update konsisten daripada anda.

#4 Ruang Putih Yang Mencukupi

Bayangkan anda ke sebuah tempat yang mempunyai banyak signboards yang berbagai warna dan bentuk. Anda akan jadi pening lebih-lebih ketika memandu di jalanraya! Begitu juga lah jika anda ke satu laman web yang penuh dengan teks tanpa ruang putih. Adakah anda ingin membaca artikel panjang berjela-jela itu? Ruang putih adalah sangat penting kepada impak visual yang menampakkan laman web anda lebih elegan dan tidak membebankan.

#5 Loadingggg…….

Pastinya pengguna website tidak mahu menunggu lama untuk sesebuah laman web yang loading dengan sempurna. Oleh itu, anda perlulah berusaha untuk mengurangkan masa loading laamn web anda! Baca artikel bagaimana nak kurangkan masa loading website.

#6 Sesuai Diakses di Mana-mana Gajet!

#7 Menu Bar Yang Mudah

#8 Laman Web Yang Menyokong Semua Browser

Pastikan laman web anda tampil dengan sempurna bagi setiap browser bagi menarik minat mereka untuk terus melawat web anda pada masa hadapan.

#9 Penggunaan Layoud Grid Yang Konsisten

Dengan layout berasaskan grid, lama web anda akan kelihatan lebih kemas dan seimbang. Grid memastikan keduudkan item laman web anda diselaraskan dengan sempurna bagi menghasilkan sebuah lama web yang tampak kemas dan carik yang sudah tentunya meningkatkan kredibiliti and asebagai pemilik laman web tersebut.

Anda pasti akan menerima respon positif daripada pembaca laman web anda. Tak percaya? Cuba lah hari ini!